GuidePedia

0
Image result for manjakani

Ramai antara kita mengetahui khasiat buah manjakani,tetapi penghalang utama untuk kita terus mengambil buah ini ialah rasanya yang amat pahit dan amat kelat sehingga ada antara kita tidak mampu pun untuk menelannya malah ada yang akan termuntah balik kerana rasanya yang terlalu pahit itu.Maka disebabkan itulah ramai antara kita yang memilih untuk membeli segala macam jamu,ubat atau apa saja yang mengandungi khasiat buah ini yang telah siap diproses.

Petua orang lama tidak dapat kita tolak dan tidak mengamalkannya. Antara petua dan amalan orang dahulu untuk menjaga kesihatan dalaman dan keharmonian rumahtangga ialah mengamalkan makan dan menggunakan herba.

Manjakani merupakan salah satu amalan yang amat sinonim dengan amalan penjagaan kecantikkan oleh golongan wanita zaman dahulu.  Sehingga kini amalan memakan dan menggunakan herba seribu guna ini masih lagi dipraktikkan.  Tidak kira sama ada secara tradisional atau moden.
 
Buah Manjakani boleh dijadikan sebagai air rebusan.

Air rebusan buah Manjakani merupakan salah satu bentuk pencuci keintiman wanita yang sangat hebat  bukan sahaja membantu mencuci bahagian sulit wanita tetapi juga boleh merawat masalah bau yang kurang enak di bahagian sulit serta membantu merawat keputihan. 

Sangat mudah untuk membuat air rebusan dari buah Manjakani  anda hanya perlu mengambil 5-10 biji buah Manjakani dan rebus bersama  2 gelas air dan biarkan hingga mendidih dan apabila air rebusan telah sejuk atau suam boleh disimpan di dalam bekas seperti botol dan digunakan untuk mencuci vagina.
Namun begitu, anda digalakkan untuk menyimpan air rebusan ini hanya untuk 3 hari sahaja.  Selain di simpan di dalam botol anda juga boleh menyimpan air rebusan buah manjakani ini di dalam periuk rebusan terutama yang periuk tanah. 

Air rebusan buah Manjakani ini juga boleh dijadikan sebagai air minuman untuk membantu menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalam dan membantu untuk kekal awet muda.  Minum air rebusan setiap pagi akan membantu tubuh lebih cergas bertenaga sepanjang hari.  Di samping itu, anda akan mendapat bonus badan yang lebih langsing hanya amalkan minum ½ cawan air rebusan Manjakani suam setiap pagi. 
Selain itu, buah Manjakani juga boleh dijadikan ulam untuk di makan dengan nasi panas.  Namun begitu rasanya sedikit pahit.  Cara mengamalkannya amat mudah, ambil sebiji buah Manjakani dan masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih apabila nasi telah masak ambil buah tersebut dan potong nipis-nipis ketika buah masih lembut dan makan bersama nasi panas.  Sangat-sangat digalakkan kepada mereka yang masih dalam tempoh berpantang. 


Kebaikan dan khasiat Buah Manjakani

Awet Muda - Anti Oksidan yang terdapat dalam buah manjakani dapat membantu melambatkan proses penuaan
Mencantikkan kulit
ü Membantu mencegah jerawat
ü Pencegahan Diabetes -  Gallic Acid dapat membantu mencegah diabetes dan asma
ü Pencegahan dari kanser serviks dan payudara
ü Membantu merawat  keputihan kerana kandungan estrigent dalam buah manjakani membantu menyingkirkan bakteria dan fungus yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.
ü Tannins di dalam buah Manjakani pula dapat membantu menegangkan oto-otot faraj
ü Membantu mengurangkan lebihan mukus dan lelehan di vagina
ü Membantu menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah
ü Membantu memberi tenaga
ü Membantu menjaga kesihatan mata - Memperbaiki tahap penglihatan
ü Kalsium yang terdapat dalam manjakani juga membantu menguatkan gigi dan tulang
ü Memelihara kebersihan mulut
ü Sangat Mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaran



❤💕 Herbs Loves 💕❤
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment


Silakan Komen,..
Komen anda amat saya dihargai,..
Terima Kasih,..

 
Top