GuidePedia

0


Hasil carian imej untuk kulit



Kualiti kulit anda akan menentukan sejauh mana baiknya penampilan anda. Kulit muka yang tidak berjerawat dan cerah bergantung kepada sejauh mana anda mengambil nutrien dalam pemakanan anda. Walaubagaimanapun, kekurangan nutiren yang penting serta terdedahnya kulit kepada bahan kimia dan pencemaran di luar menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kulit.


Buah Durian Belanda kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang sangat baik untuk kulit. Maka, berikut merupakan antara kebaikan untuk kulit anda yang diberikan oleh buah ini.

Merawat Kulit Menggelupas
 ⟴ Buah Durian Belanda memiliki keupayaan penyembuhan yang sangat berkesan. Sapukan daun buah Durian Belanda kepada kawasan kulit yang menggelupas untuk penyembuhan segera. Untuk merawat bisul pada kulit gunakan daun ini. Letakkan beberapa helai daun Durian Belanda yang segar pada tempat yang sakit. Ini akan dapat mengurangkan kesakitan.

Merawat Luka
Bahagian isi buah Durian Belanda boleh digunakan untuk merawat luka pada bahagian yang terluka atau tercedera dalam tempoh tiga hari. Semua ini bukan sahaja dapat mempercepat kadar penyembuhan bahkan juga berupaya menghalang pembiakan bakteria. Selain itu, dengan menggunakan daun ini juga mampu untuk merawat kaki yang bengkak.

Merawat Ekzema dan Masalah lain Kulit
➜ Daun buah Durian Belanda yang dilumatkan juga boleh menjadi ramuan untuk mengurangkan ekzema dan penyakit kulit yang lain. Untuk penyakit kusta, boleh diambil jus Durian Belanda ketka berpuasa.

Anti-Penuaan
Buah Durian Belanda sememangnya kaya dengan sumber vitamin C dan asid askorbik yang membantu meningkatkan kadar antioksidan. Antioksidan ini memainkan peranan yang penting dalam melawan radikal-radikal bebas yang menjadi punca kepada penuaan kulit.Dengan cara membuang radikal-radikal bebas ini, maka secara tidak langsung akan menungurangkan tanda-tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus, jeragat dan pigmentasi.

💕writing with love💓

Post a Comment


Silakan Komen,..
Komen anda amat saya dihargai,..
Terima Kasih,..

 
Top