GuidePedia

0
Image result for kegunaan bunga setawar

Bunga Setawar tergolong dalam jenis Kalanchoe seperti mana juga pokok Setawar Kampung (K pinnata) dan Setawar Bunga (K blossfeldiana) yang dijadikan pokok hiasan. Biasanya hanya Setawar berdaun keras dan Setawar Kampung digunakan untuk tujuan perubatan.
Sifat Tumbuhan rasa sedikit masam-masam payau; sejuk.Pokok ini senang ditemui kerana boleh tumbuh meliar dan ditanam. Bentuk daunnya yang menarik selain mudah dijaga.

Daunnya tebal dan bergerigi, berbentuk bundar panjang dengan permukaan yang licin dan berwarna hijau muda. Pembiakan pokok melalui plantlets atau anak pokok halus yang terdapat di tepi daun. Dengan hanya mengambil daun dan disimpan selama tiga hari akar akan keluar darinya.

Daun Setawar ini banyak kegunaan dan khasiatnya,..
Antaranya Kegunaan dan Cara Pengambilan ialah,;-
Mengurangkan pembengkakan bisul, 
Mengurangkan pembengkakan payudara ,
Radang pada kulit terbakar atau melecur. 
Menurunkan panas badan .
Caranya dengan menampal daun yang telah dilumatkan dan tampal pada tempat terlibat kerana daun ini bersifat sejuk. 

Melegakan penyakit batuk darah, 
Menyembuhkan luka dalaman, 
Menurunkan panas badan dan 
Sakit sendi-sendi.
Caranya dengan minum air rebusan dari keseluruhan pokok.

Merawat penyakit buasir 
Caranya dengan minum air rebusan 4-5 helai daun Setawar yang telah dicampur dengan madu. 

Menghilangkan radang dalam tekak, 
Caranya dengan lumatkan beberapa helai daun Setawar, tapis airnya dan minum air tersebut tiga kali sehari.

Mengubat cirit birit
Caranya dengan mengambil 2 @ 3 helai daun dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air, jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.

  kembung perut 
Caranya dengan mengambil 2 helai daun dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari, atau daunnya dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut.



❤­čĺĽ Herbs Loves ­čĺĽ❤

Post a Comment


Silakan Komen,..
Komen anda amat saya dihargai,..
Terima Kasih,..

 
Top