GuidePedia

0
Image result for bunga jarum ubat

 Haa,...Inilah Bunga Jarum Tujuh Bilah.


Pengenalan

Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad..

          
                       Nama Saintifik: Pereskia sacharosa/saecnarosa
                       Famili: Cactaceae
                       Nama BiasaJarum tujuh bilah
                       Nama lain: Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan

Khasiat
Pencegah Barah


Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat Jarum Tujuh Bilah ini,daunnya yang matang dipetik sebanyak satu atau dua helai dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau dimakan secara mentah begitu sahaja. Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit.Jika diamalkan memakan daun ini secara berterusan, khasiat daun ini dikatakan mampu atau mungkin boleh melindungi tubuh daripada pelbagai jenis barah. Walaupun begitu, kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah.

Melalui kajian yang telah dilakukan, dikatakan daun Jarum Tujuh Bilah mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi. Walaupun nilai aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C dan vitamin E, tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang.Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini juga dikatakan mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.

Amalan memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah juga dikatakan mampu menghindarkan seseorang daripada menghidap darah tinggi, kencing manis dan barah. Selain memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah untuk dijadikan ulam, anda juga boleh meminum air rendaman daun ini untuk dijadikan minuman seperti air teh.Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.

Ada tiga cara menggunakannya;-
  1. pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, 
  2. kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari .
  3. dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum.Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.



Walaupun terdapat pelbagai khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah, namun begitu sebelum menggunakannya untuk tujuan perubatan, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.



⥸ Daun Jarum Tujuh Bilah atau duri ini merupakan tanaman ubat untuk penyakit akut.
Daun tumbuhan ini lebih sering dimanfaat untuk kesihatan di banding bunganya.

Manfaat daun jarum tujuh bintang untuk menyembuhkan penyakit, antara lain:

Hipertensi
Reumatik
Asam Urat
Luka pasca operasi
Kanser rahim
Wasir
Luka terbakar
Mulut dan gusi bermasalah
Perut kembung
 Anti racun

➽ Daun Jarum Tujuh Bintang, boleh dimakan mentah sebagai lalapan.

⥴ Sebagai pengobatan penyakit dalam, ambil lebih kurang 15 lembar daun, tumbuk kasar, direbus dan saring, diminum hangat pagi dan prtang.


Related image




❤💕 Herbs Loves 💕❤

Post a Comment


Silakan Komen,..
Komen anda amat saya dihargai,..
Terima Kasih,..

 
Top