GuidePedia

0
Imej yang berkaitan



Seperti yang kita sedia tahu, kesihatan rambut merupakan satu indikasi tentang kesihatan badan kita. 

Hal ini disebabkan oleh folikel-folikel rambut memerlukan bekalan nutrian yang cukup untuk tumbesarannya. 

Kekurangan sesetengah vitamin yang penting, mineral dan nutrian akan menyebabkan masalah rambut seperti rambut menjadi nipis, kelimumur, keguguran rambut, rambut menjadi perang dan sebagainya. 

Secara amnya nilai nutrisi yang terkandung dalam buah ini amat baik untuk rambut yang sihat.

Merawat Kutu Kepala

Daun buah Durian Belanda juga berkesan untuk mengelakkan parasit daripada membiak di kepala. 

Kutu kepala merupakan antara parasit yang mudah membiak maka secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan rambut. 

Ramuan yang dibuat daripada daun buah Durian Belanda boleh disapu pada kulit kepala untuk membuang kutu kepala.

Nilai Nutrisi Durian Belanda 

Buah Durian Belanda mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga vitamin B seperti thiamin, riboflavin dan niacin begitu juga dengan mineral seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit zat besi. Buah ini terdiri daripada 67.5 % pulpa, 20 % kulit, 8.5 % biji dan 4 % kerak. Kesemua nilai nutrisi diterangkan dalam jadual di bawah.


Post a Comment


Silakan Komen,..
Komen anda amat saya dihargai,..
Terima Kasih,..

 
Top