GuidePedia

0
Related image

1.Mencegah Osteoporosis
Buah Durian Belanda mengandungi kalsium dan fosforus yang sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat serta mencegah osteoporosis.




2.Meningkatkan Tenaga dan Daya Tahan
Buah Durian Belanda memiliki kandungan fruktosa yang tinggi iaitu satu bentuk gula ringkas( monosakarida ). Juga mengandungi sumber semula jadi karbohidrat, ia dapat memberikan anda kekal segar dan membekalkan tenaga secukupnya. Buah ini juga dapat meningkatkan daya tahan disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi.

3.Bermanfaat untuk Jantung dan Mencegah Kerosakan Saraf
Vitamin B1 yang terkandung dalam buah Durian Belanda ini akan membantu meningkatkan kadar metabolisme, peredaran darah dan mencegah masalah saraf. Ia juga mengandungi vitamin B2 yang sangat penting dalam penghasilan tenaga dalam badan, penyimpanan lemak serta menjaga fungsi saraf dan mengelokkan otot jantung.

4.Merawat Buasir dan Keracunan makanan yang dihidapi oleh bayi
Buah Durian Belanda berkesan untuk merawat buasir. Maka untuk tujuan ini, perah buahnya untuk mendapatkan paling kurang satu cawan airnya dan minum dua kali sehari pada waktu pagi dan tengah hari untuk mendapatkan kelegaan. Bagi sembelit yang dihidapi oleh bayi pula, berikan 2-3 sudut makan jus buah ini kepada bayi tersebut.

5.Melegakan Sembelit
Buah ini kaya dengan serat larut dan serat tak larut yang dapat melegakan sembelit dengan cara anda akan mengeluarkan najis secara berketul-ketul dan mudah untuk dikeluarkan daripada badan.

6.Diuretik Semula Jadi
Isi buah ini mengandungi hampir 84% air yang dapat menghidratkan badan anda. Ia juga bertindak sebagai diuretik untuk merawat edema atau kekurangan air dalam badan.

7.Memberikan Tidur yang Lena
Buah Durian Belanda mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai tryptophan yang memberikan rasa ketenangan dan mengantuk. Maka, ia sememangnya sangat bagus untuk mereka yang menghidapi isnomnia. Daunnya juga sering digunakan dalam rawatan aromaterapi dan membantu untuk tidur. Buahnya pula membantu untuk mengawal tekanan darah dan hipertensi.

8.Merawat Jangkitan di Saluran Air Kencing
Disebabkan oleh kelembapannya yang tinggi, buah Durian Belanda sangat berkesan untuk merawat dan mencegah jangkita pada saluran air kencing atau dikenali sebagai urinary tract infections ( UTI ), urethritis dan hematuria. Jusnya boleh diminum begitu sahaja untuk penghidap urethritis, hematuria dan jangkitan ringan pada hati.

9.Membunuh Parasit dalam Badan
Buah Durian Belanda kaya dengan nutrian yang sangat penting dalam pertumbuhan badan. Nutrien seperti asid amino, asid askorbik, kalsium, karbohidrat, zat besi, fosforus, thiamine, serat dan riboflavin merupakan nutrien-nutrien yang menghalang jangkitan parasit dalam badan.

10.Vitamin C
Buah Durian Belanda juga kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan yang sangat baik. Ia meningkatkan daya tahan dan melambatkan proses penuaan.

11.Melawan Radikal-radikal Bebas
Asid askorbik yang terkendung dalam buah Durian Belanda dapat menigkatkan kandungan antioksidan dalam badan yang mana memainkan peranan penting dalam melawan radikal-radikal bebas seterusnya menghalang jangkitan-jangkitan sebelum ia merebak.

12.Melegakan Kesakitan
Daun buah Durian Belanda dipercayai mengandungi sifat-sifat analgesik yang dapat melegakan kesakitan. Daun ini sering kali dikunyah atau diletakkan pada luka-luka yang terbuka. Jusnya pula sangat berkesan untuk menyembuhkan luka dalam tempoh untuk mengurangkan kesakitan. Apabila kesakitan menjadi bertambah, rebuskan 20 helai daunnya dan minum ¾ cawan sekali sehari untuk mendapatkan kelegaan.

13.Merawat Ulser Mulut
Jika anda mengalami ulser mulut, anda bolehlah menumbuk daun buah Durian Belanda bersama air dan letakkan pada bahagian yang sakit. Dengan cara ini akan mengurangkan saiz ulser tersebut sedikit demi sedikit sehingga sembuh tanpa melukainya.

14.Merawat Demam
Teh yang dibuat daripada buah Durian Belanda dapat membantu mengurangkan suhu badan. Di Afrika, kanak-kanak dimandikan dengan air daun buah Durian Belanda untuk merawat demam.

15.Menguatkan Sistem Imuniasi
Buah Durian Belanda mengandungi bahan-bahan seperti acetogenin, annacatacin, annocatalin, annonacin, annohexocin, annomuricin, anomurine, anonol, asid gentistik, asid linoleik dan muricarpentocin yang membantu badan kita sentiasa sihat dan meningkatkan keupayaan imuniti untuk melawan pelbagai jenis penyakit.

16.Merawat Hipertensi
Buah Durian Belanda mengandungi nisbah potasium yang tinggi iaitu ( 278 mg / 100 g ) berbanding sodium ( 14 mg / 100 g ) yang mana menjadikan ia sangat berguna untuk mereka yang mengidapi hipertensi.

17.Antiseptik
Ramun yang dihasilkan daripada pucuk-pucuk muda daun buah Durian Belanda secara semula jadi bagus untuk mengurangkan masalah pundi kencing begitu juga batuk, kahak, jangkitan usus, demam dan ketidakhadaman. Bunga buah Durian Belanda pula boleh mengurangkan kahak. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk merawat batu karang, antisembelit, asid urik dan juga meningkatkan selera makan.

18.Berkesan Melegakan Sakit Belakang
Kini anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada ubat-ubat tahan sakit yang biasanya diambil untuk melegakan sakit belakang. Minumlah teh daun buah Durian Belanda. Pastikan the tersebut merupakan teh yang pekat. Minum lebih kurang ¾ cawan teh pekat sekali sehari untuk mendapatkan kelegaan yang cepat. Anda juga boleh menjadikannya ramuan untuk sapuan untuk mengurangkan rasa sakit pada belakang.

19.Rawatan Semula Jadi bagi Arthritis dan Rheumatism
Penggunaan ramuan ini pada badan dipercayai mampu untuk menghilangkan kesakitan dan bengkak disebabkan oleh arthritis dan rheumatism. Anda boleh merendamkan hujung satu kain yang bersih ke dalam teh daun buah Durian Belanda dan telakkan kain tersebut pada kawasan yang sakit dua kali sehari untuk mendapatkan melegakan kesakitan.

20.Membantu Mengawal Kandungan Gula dalam Darah
Kajian menunjukkan bahawa nutiren yang terkandung dalam teh ini dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang merupakan sangat bermanfaat buat mereka yang menghidapi diametis tahap

21.Baik untuk Hati
Air teh yang dibuat daripada daun Durian Belanda diketahui menjadi tonik hati yang bagus. Selain daripada mengurangkan masalah hati, ia juga bertindak sebagai pelindung kepada hati. Selain itu, berkesan juga untuk merawat kesan-kesan daripada jangkitan punci kencing termasuklah batu karang.

Peringatan
Pengambilan teh Durian Belanda secara berlebihan juga turut memberikan kesan sampingan iaitu penjejasan fungsi saraf dan akhirnya menyebabkan penyakit Parkinson. Kajian juga turut mencadangkan agar wanita hamil dan yang menyusukan anak perlu mengelakkan diri daripada mengambil teh ini untuk menjaga kesihatan mereka.


💕writing with love💓

Post a Comment


Silakan Komen,..
Komen anda amat saya dihargai,..
Terima Kasih,..

 
Top