GuidePedia

0
Biji Halba 
 Halba mungkin asing bagi sesetengah orang sedangkan ia biasa digunakan sebagai rempah dalam pelbagai masakan terutama yang berasal dari Timur Tengah.

 Selain ditambah dalam masakan untuk menambah keenakan hidangan,
     tidak ramai yang tahu manfaat halba dari sudut kesihatan.


  Tanaman ini tumbuh subur dan luas di India, Mesir dan negara Timur Tengah.


Khasiat Yang Ada Dalam Biji Halba

1. Diminum sebagai Teh

  • Melancarkan haid
  • Menghilangkan kembung, sebu dan senak
  • Pencuci perut
  • Menguatkan jantung
  • Menghilangkan lender tekak
  • Melegakan sakit kepala/ migraine
  • Membuang angin
  • Menyembuhkan buasir
  • Senggugut
  • Merangsang rahim
  • Kegemukan
  • Kurang berat badan
  • Mengawal kencing manis
  • Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu

  • Kurangkan ketagihan rokok.
  • mengurangkan ketagihan dadah.
  • malah baik untuk mengurangkan penyakit anemia.

3. Untuk anak anak yang baligh

  • Kecergasan
  • Kekuatan badan
  • Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu

  • Banyakkan air susu

5. Tambah nafsu lelaki dan wanita.

  • Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
  • Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.
  • Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih.



  Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara orang Melaka. Juga untuk stamina,     
      kecergasan dan untuk menstabilkan gula dalam darah, sesiapa yang ada masalah 
      diabetis boleh juga cara ni.

Cara-caranya :-

   Goreng halba tanpa minyak  (jangan pulak sampai hangus). 
   Masukkan dalam bekas. 
   Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . 
   Jika diamalkan selalu, Insya-Allah dapat membantu.  

selamat mencuba

Post a Comment


Silakan Komen,..
Komen anda amat saya dihargai,..
Terima Kasih,..

 
Top